Sunday, February 28, 2010

Alat Pengesan Laju Akan Dipasang Pada Semua Kenderaan JKJR

Alat Pengesan Laju Akan Dipasang Pada Semua Kenderaan JKJR

NILAI, 20 Feb (Bernama) -- Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan memasang alat pengesan kelajuan pada semua kenderaan jabatan itu di seluruh negara bagi membolehkan kelajuan sesebuah kenderaan dikesan dari dalam kenderaan JKJR.

Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata alat yang dikenali sebagai sistem pemantauan kelajuan itu turut dilengkapi 'penembak laser' dan akan diguna untuk operasi rambang mensasarkan bas ekspres.

"Ini sebagai usaha advokasi kempen keselamatan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas memantau penggunaan sistem pemantauan kelajuan bas di Hentian Rehat dan Rawat Nilai (arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata kenderaan JKJR yang dipasang alat pengesan kelajuan itu akan mengekori bas serta merekod kelajuannya dan jika ia melebihi had laju, pegawai akan menahan bas terbabit seterusnya memberi ceramah kepada pemandu sebelum rekod itu dihantar kepada syarikat bas berkenaan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, katanya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengarahkan semua syarikat konsesi menyediakan kenderaan tunda bagi mengalihkan kenderaan rosak termasuk bas dan lori dari tepi jalan dalam tempoh 15 hingga 20 minit bagi mengelakkan kemalangan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama LLM yang turut disertai syarikat konsesi minggu lepas.

"Sejak kebelakangan ini, kita dapati banyak kemalangan berlaku disebabkan kenderaan (rosak) yang diletak atau ditinggalkan di tepi jalan, jadi untuk mengelakkannya maka ia (kenderaan rosak) perlu dialihkan segera.

"Sebelum ini memang sudah ada kenderaan tunda di lebuh raya namun tiada garis panduan jelas mengenai tempoh masa yang perlu diambil untuk mengalihkannya, menyebabkan ia sering tersadai di tepi jalan untuk jangka masa agak lama," katanya.

Beliau berkata syarikat konsesi yang tidak mempunyai kenderaan tunda khas bagi kenderaan berat telah diarah melantik pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan itu.

Dipetik dari laman web Bernama

Friday, February 26, 2010

Ciri Keselamatan Lori Cukup Untuk Elak Kemalangan - PMLOA

Ciri Keselamatan Lori Cukup Untuk Elak Kemalangan - PMLOA

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Persatuan Pemilik Lori Semalaysia (PMLOA) menegaskan bahawa kebanyakan lori sudah dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mencukupi untuk digunakan sewaktu kecemasan.

Presidennya Er Sui See berkata ini kerana selain lampu standard yang terdapat pada badan lori, setiap lori juga dilengkapi dengan reflektor (pemantul cahaya) yang membolehkan pemandu lain melihat lori dengan jelas terutamanya yang berhenti di tepi jalan.

"Reflektor yang dipasang pada badan lori ini sepatutnya sudah memadai kerana ia boleh dilihat dalam keadaan terang, gelap atau hujan lebat sekalipun," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Beliau berkata pemasangan reflektor ini adalah mandatori dan setiap lori mesti memasang reflektor yang berukuran tiga meter sebagai salah satu ciri keselamatan tambahan.

"Bagaimanapun sekiranya terdapat pemandu lori yang gagal memasang reflektor ini, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) haruslah mengambil tindakan ke atas mereka kerana tindakan tersebut boleh mengakibatkan kemudaratan kepada pengguna jalan raya," katanya.

Er juga berkata orang ramai tidak seharusnya menyalahkan pemandu lori semata-mata apabila berlaku kemalangan sebaliknya turut melihat kepada faktor-faktor lain.

"Jika berlaku kemalangan, ada banyak faktor yang menyumbang terutamanya struktur jalan, cuaca serta keadaan pemandu itu sendiri sama ada mengantuk atau tidak.

"Seperti kemalangan di Plaza Tol Senawang baru-baru ini, keadaan persekitaran adalah terang dan treler tersebut juga diletakkan di lorong kecemasan. Bukannya di tengah jalan dan mengganggu pengguna lain," katanya.

Selain itu beliau juga berkata pihaknya akan mencadangkan kepada JPJ agar menguatkuasakan penggunaan kon bagi menggantikan segi tiga keselamatan yang digunakan sewaktu kecemasan.

"Pada pendapat kami penggunaan kon adalah lebih efisien kerana kon lebih mudah dilihat dari jarak jauh dan tidak mudah tumbang sekiranya ditiup angin," katanya.

Katanya walaupun penggunaan kon adalah lebih mahal berbanding segi tiga keselamatan, sekurang-kurangnya pemandu lain akan lebih peka akan bahaya yang menanti di hadapan mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata pihaknya akan mengusahakan agar bilangan lampu pada badan lori dapat ditambah daripada jumlah yang sedia ada sekarang.

"Jika dibandingkan dengan saiz lori yang besar, kita akan lihat lampu itu kecil dan seperti tidak mencukupi untuk memberitahu pengguna jalan raya tentang kehadiran lori tersebut. Kita akan cuba perbaiki mutu dengan menambahkan lagi lampu dan meningkatkan kejelasannya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemasangan reflektor sememangnya sudah termaktub dalam Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959, dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan kompaun RM300.

Solah berkata JPJ akan bekerjasama dengan PMLOA berhubung penggunaan kon sewaktu kecemasan dan akan memperbaiki lagi ciri-ciri kon daripada aspek saiz dan kejelasan kon.

"Kon merah putih yang digunakan sekarang akan diperbaiki dengan menjadikannya lutsinar agar dapat dilihat dengan lebih jelas terutamanya pada waktu malam," katanya.

Dipetik dari laman web Bernama

Tuesday, February 23, 2010

Tiada Kecederaan Akibat Letupan Besar Di Loji Petronas Labuan

Tiada Kecederaan Akibat Letupan Besar Di Loji Petronas Labuan

LABUAN, 22 Feb (Bernama) -- Satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML) pada Isnin, memaksa operasi di tapak loji minyak bernilai RM511 juta itu dihentikan.

Seramai 82 pekerja kontrak dan 46 petugas Petronas Methanol Labuan sedang bekerja di situ ketika letupan berlaku pada pukul 11.37 pagi tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Duah buah jentera bomba masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan unit bomba penyelamat PML dikerah mengawal kebakaran akibat letupan tersebut, dan berjaya mengawal keadaan 30 minit kemudian.

Bercakap kepada satu sidang akhbar, ketua produksi PML Mohd Kamis Abdul Manap berkata siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti punca letupan.

"Kita akan buat siasatan menyeluruh sebelum kerja-kerja dapat diteruskan di tapak loji ini. Ini adalah kejadian pertama berlaku di cerowong pembuangan gas asli terkawal ini. Kita akan mengenal pasti sama ada wujudnya kepincangan dalam aspek keselamatan," kata Mohd Kamis.

Petronas Methanol Labuan memiliki loji methanol yang dibina pada 1984 dan mampu menghasilkan 60,000 methanol setahun.

Pelanggan terbesar PML adalah loji propilena Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) di Kuantan, Pahang dengan keperluan tahunan sebanyak 110,000 tan.

Pasaran lain termasuklah Jepun, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Korea, Taiwan dan China.

Pada tahun 2007, dua pekerja sub-kontrak Petronas cedera parah terbakar dalam satu letupan ketika melaksanakan kerja pengimpalan di plant PML di Rancha-Rancha

Dipetik dari laman Bernama

Friday, February 19, 2010

Does Your Company Have A Safety And Health Policy?

If not, check this,

“Except in such cases as may be prescribed, it shall be the duty of every employer and every self-employed person to prepare and as often as may be appropriate revise a written statement of his general policy with respect to the safety and health at work of his employees and the organization and arrangements for the time being in force for carrying out that policy, and to bring the statement and any revision of it to the notice of his employees” (Section 16, Occupational Safety And Health Act 1994)

The relevant penalty is fine not exceeding fifty thousand Ringgit and/or jail not exceeding two years.

Wednesday, February 17, 2010

Ini Kisah Bas Ekspres

Mandatory course for express bus operators

ALOR SETAR: All 224 express bus operators will be required to attend a two-day Safety, Health and Environmental Management (SHE) course as part of the Commercial Vehicle Licensing Board’s (CVLB) new regulation.

CVLB chairman Datuk Halimah Mohamed Sadique said the course, starting on Feb 23, is to brief bus operators on the five requirements under SHE.

“SHE was added as part of the new licensing regulation for express buses following the Sani United Sdn Bhd bus accident which killed 10 people in Ipoh late last year.

“We issued a circular asking express bus operators to comply with SHE but later realised that most of them did not know the proper procedure to obtain a SHE certificate,” she said after chairing a dialogue with Kedah/Perlis taxi operators here yesterday.

Halimah said under SHE, the operators must properly manage their drivers, know bus trip risk factors and ensure their vehicles were regularly serviced.

“They will be given two weeks to implement what is required under SHE, and those who fail to comply after the given time will have action taken against them,” she said.

On another matter, she said that by March 1, taxi operators who failed to fix stickers displaying the new rates and informing commuters that the drivers were using meters would be issued a RM300 compound fine.

“If they continue to be stubborn, we will suspend and revoke their permits by the second or third offence,” she added.

Taken from The Star website

But several questions arise,

1. Is 2 day course enough for all the express bus operators? What about the obligatory trainings as per Occupational Safety and Health Act 1994 and its subsidiary regulations?

2. CVLB chairman Datuk Halimah Mohamed Sadique said, "...most of them did not know the proper procedure to obtain a SHE certificate...". Why SHE certificate? Who issues the certificate? Is the certificate in compliance with international standards? Why not asking the companies to subsribe to OHSAS18001 and/or MS1722 standards instead?

3. What about Safety and Health Policy statement? Do all the 224 express bus companies have such policy and communicate the policy to their employees? Do the companies have safety and health committee at their workplace?

Monday, February 15, 2010

Fungsi-fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau dalam bahasa Inggerisnya Department of Occupational Safety and Health (DOSH) ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Alamat ibupejabat JKKP ialah Department of Occupational Safety And Health, (Ministry of Human Resource), Level 2, 3 & 4, Block D3, Complex D,
Federal Government Administrative Centre, 62530 W. P. Putrajaya.JKKP juga mempunyai cawangan di setiap negeri. Di antara fungsi-fungsi asas JKKP ialah,

1. Menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Factories and Machinery Act 1967) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Occupational Safety and Health Act 1994).

2. Mengkaji perundangan sedia ada

3. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran

4. Menjalankan kerja galakan dan promosi

5. Menjadi sekretariat kepada Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (National Council for OSH)

Wednesday, February 10, 2010

What Malaysian Employers Normally Say About Occupational Stress

1. It is not our fault mah! These people bring their problems to office loh! We cannot do anything.

2. We don't have stress here

3. Stress is not something which can be put out in our business. If you cannot overcome stress, you are still not up to our standard.

There is one management technique normally practiced in Malaysia - put Ben on the hot stove. This is how the management get people to work and expect them to produce results. Against the law? These people do not respect Malaysian law at all.

Sunday, February 7, 2010

Sejarah Perundangan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Malaysia

1. The Selangor Boiler Enactment 1892
2. The Perak Boiler Enactment 1903
3. The Pahang Boiler Enactment 1908
4. The Negeri Sembilan Boiler Enactment 1908
5. Federal Machinery Enactment 1913
6. Machinery Ordinance 1953
7. Akta Kilang dan Jentera Akta 1967 (AKJ 1967)
8. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994)

Friday, February 5, 2010

Malaysian Industrial Accident Data 2009 : Manufacturing

From all Department of Safety and Health investigated cases in 2009, there were 63 fatal cases in manufacturing sector while 90 cases resulted in permanent disability to the victim and 1419 cases resulted in non-permanent disability to the victim in the same sector. Manufacturing sector contributes the most number of cases as compared to other sectors.

Thursday, February 4, 2010

Effective Store and Warehouse Management

Store and warehouse managed in an effective manner can

- Rationalize its resources
- Reduce overall costs
- Eliminate hidden costs
- Comply with relevant Malaysian laws or subscribed standards
- Protect assets

Therefore, Dynamic Venture Technologies Sdn Bhd (857762-T)is planning a training program entitled ‘Effective Store and Warehouse Management’. The course schedule is as follows:

8th March 2010 – 9th March 2010 Crystal Crown Hotel, PJ
15th March 2010 – 16th March 2010 Century Mahkota Hotel, Melaka
7th April 2010 – 8th April 2010 Puteri Pan Pacific Hotel, Johor Baharu
14th April 2010 – 15th April 2010 Bayview Hotel, Georgetown, Penang

The program is 100% claimable to SBL.

Attached is the complete brochure of the program.

Are you among the following group?
Managers, engineers, officers, supervisors, storekeepers and clerks in the areas of store and warehouse, logistics, purchasing, production planning and control, finance and accounting and production.

If yes, register now and enjoy great benefits!

For further enquiries, contact,

Dynamic Venture Technologies Sdn Bhd (857762-T), kindly e-mail to training[at]dvtsb.com

For public courses or in house training programs in other areas, kindly send your enquiries to training[at]dvtsb.com

Corporate telephone number : +6 03 4142 5300

Wednesday, February 3, 2010

Mengurus Stor dan Gudang Secara Efektif

Stor dan gudang yang diurus secara efektif boleh,

- Merasionalisasi sumber
- Mengurangkan kos keseluruhan operasi
- Menghapuskan kos tersembunyi
- Mematuhi undang-undang yang berkaitan atau pensijilan
- Melindungi aset

Justeru, Dynamic Venture Technologies Sdn Bhd (857762-T)sedang merancang satu program latihan bertajuk ‘Effective Store and Warehouse Management’. Jadual kursus adalah seperti berikut:

8 Mac 2010 – 9 Mac 2010 Crystal Crown Hotel, PJ
15 Mac 2010 – 16 Mac 2010 Century Mahkota Hotel, Melaka
7 April 2010 – 8 April 2010 Puteri Pan Pacific Hotel, Johor Baharu
14 April 2010 – 15 April 2010 Bayview Hotel, Georgetown, Penang

Program ini dijalankan secara dwibahasa dan layak membuat tuntutan melalui skim SBL.

Bersama ini dilampirkan brusur lengkap program.

Daftar sekarang!

Keterangan lanjut, hubungi,

Dynamic Venture Technologies Sdn Bhd (857762-T) pada alamat e-mel berikut,
training[at]dvtsb.com atau telefon +6 03 4142 5300

Untuk public course atau program latihan in house dalam bidang lain, hubungi e-mel berikut, training[at]dvtsb.com