Sunday, November 28, 2010

IPT Malaysia Pertama Laksana 5S

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengiktiraf Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai IPT Malaysia yang pertama melaksanakan 5S. Ia bermaksud seiri (sisih), seiton (sapu), seiso (susun), seiketsu (seragam) dan shitsuke (sentiasa amal). Manfaat lain amalan 5S ialah,

1. persekitaran kerja berkualiti
2. mempastikan patuh kepada piawai
3. budaya penambahbaikan berterusan
4. selari dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994
5. sistem kerja yang jelas
6. persekitaran kerja selamat
7. imej positif kepada pelanggan internal dan eksternal

Berita lanjut di sini

Friday, November 26, 2010

Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu (IKMKK) Terap Budaya 5S

Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu (IKMKK) mengambil masa setahun untuk menerapkan budaya 5S secara menyeluruh. Ia adalah di antara 63 buah organisasi di Sabah yang mengamalkan budaya itu. Berita selanjutnya di sini.

Tuesday, November 23, 2010

SMT Kajang Jadi Contoh 5S

Langkah SMT Kajang menjadi contoh 5S sangat dialu-alukan. 5S bermaksud sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Pelbagai faedah dapat diperolehi daripada pelaksanaan amalan 5S ini dari segi keselamatan, penyelenggaraan, kecekapan, motivasi, kualiti dan pengurangan kos. Di antara manfaat yang boleh didapati dari amalan 5S ialah,

1. mengurang kos penyenggaraan dan penggantian peralatan
2. meningkatkan kualiti produk
3. mewujudkan suasana kerja yang kondusif
4. pengurusan kerja yang lebih teratur
5. menjadikan tempat kerja lebih bersih, kemas dan selamat
6. memberi keselesaan kepada pekerja
7. membentuk semangat berpasukan
8. menghapuskan keadaan atau tempat merbahaya
9. memperbaiki keadaan tempat kerja
10.mengurangkan kecuaian di tempat kerja
11.mengurangkan penggunaan kawasan
12.mengurangkan pembaziran masa untuk mencari peralatan
13.memudahkan kawalan pergerakan alat dan barang
14.memberi motivasi
15.membentuk disiplin

Berita lanjut mengenai SMT Kajang Jadi Contoh 5S di sini

Sunday, November 21, 2010

Pergi Kerja




Pagi-pagi pergi kerja





Orang yang bekerja di runway menghadapi banyak hazad. Hazad menjadi sangat signifikan apabila bekerja dalam hujan.




Destinasi semakin dekat


Saturday, November 20, 2010

Rumah Anak Yatim di Sarawak Pun Amalkan 5S, Syarikat Pembinaan Dan Pengendali Bas Ekspres Bila Lagi?

Rumah kebajikan pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem 5S di tempat kerja ialah Kompleks Kebajikan Hamidah di Bandar Baru Permaijaya, Sarawak. Ia dinaungi oleh Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (LKAYS). Sikap ini berbeza dengan kebanyakan syarikat pembinaan dan pengendali bas ekspres di Malaysia.

Berita lanjut di sini

Thursday, November 18, 2010

Maut Terjerlus Dalam Pasir

Maut Terjerlus Dalam Pasir

JOHOR BAHRU 13 Nov. - Seorang operator jengkaut dikhuatiri maut apabila secara tiba-tiba dia dan kenderaannya terjerlus ke dalam pasir semasa sedang menambak pasir di tapak projek pesisir Pantai Lido Boulevard, di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd. Nor Miskan, 36, tertimbus ke dalam pasir itu dalam kejadian pada pukul 9.40 malam. Turut tertimbus adalah dua kontena dan sebuah generator yang digunakan untuk kerja-kerja berkenaan.

Pegawai Tinggi Bomba Bahagian Operasi Balai Bomba Johor Bahru, Aminah Saimin berkata, kerja-kerja penyelamat dilakukan oleh seramai 20 anggota dan pegawai termasuk 10 penyelam unit skuba bomba.

Katanya, operasi mula dijalankan pada pukul 10.36 malam tetapi terpaksa diberhentikan beberapa jam, sebelum disambung semula hari ini.

"Sehingga kini, operasi mencari masih diteruskan di lokasi kejadian dan mangsa belum ditemui," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika ditemui berkata, sebuah jawatan kuasa khas ditubuhkan bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa selain menyiasat punca kejadian.

Sementara itu, kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, keluarganya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh rakan setugas Mohd. Nor, pada pukul 9.40 malam pada hari kejadian.

"Kami terkejut mendengar berita itu kerana selama ini hanya mendengar kisah orang lain ditimpa kemalangan. Tidak sangka kali ini, ia menimpa ahli keluarga sendiri.

"Sepatutnya Mohd. Nor hendak melawat ibu yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana menghidap barah leher, namun hajatnya itu tidak kesampaian," katanya lagi.

Turut kelihatan di lokasi kejadian ialah ibu mangsa, Siti Tasuki, 58, dan beberapa ahli keluarga lain.

Menurut Hani, Mohd. Nor yang telah berkahwin dan mempunyai empat anak berusia antara lima dan 13 tahun, berpengalaman 10 tahun mengendalikan jentera berat.

Sementara itu, jurucakap syarikat pemaju, Central Malaysia Properties Sdn. Bhd. (CMP) berkata, pihaknya sedang berusaha mengambil semua langkah yang diperlukan berhubung kejadian itu.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa, CMP dalam kenyataannya berkata, kumpulan teknikal syarikat itu juga melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Dipetik dari laman Utusan Online

Tuesday, November 16, 2010

Lapan Cedera, Mesin Kilang Meletup

Lapan Cedera, Mesin Kilang Meletup

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 8 Nov. - Lapan cedera termasuk dua daripadanya parah selepas mesin penyedut habuk sebuah kilang membuat rim motosikal di Kawasan Perindustrian Perai di sini, meletup lalu terbakar hari ini.

Mangsa terdiri daripada masing- masing empat pekerja tempatan dan warga Nepal yang disyaki cedera selepas tercampak akibat letupan kuat itu.

Kejadian pukul 10.10 pagi itu turut mengakibatkan gegaran kuat sehingga mengakibatkan sebahagian daripada struktur bangunan tersebut musnah dan runtuh.

Selain itu, kesan letupan juga merosakkan beberapa premis di sekelilingnya termasuk sebuah lagi kilang yang terletak kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian.

Serpihan daripada letupan seperti paip, sisa konkrit dan kepingan logam berhamburan ke luar kilang dan berterbangan sehingga ke seberang jalan.

Mangsa-mangsa yang cedera dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan Hospital Pakar Bagan, dekat sini dan dilaporkan stabil.

Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Mohd. Razam Taja Rahim ketika ditemui selepas operasi memadam kebakaran berkata, semasa kejadian terdapat 70 pekerja berada di dalam kilang.

"Bagaimanapun setakat ini, lapan pekerja disahkan cedera akibat melecur atau terkena sisa letupan," katanya sambil menambah pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

Menurutnya, seramai 33 anggota Bomba dan Penyelamat bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 10.20 pagi.

"Operasi turut dibantu oleh kira-kira 30 anggota bomba sukarela. Kebakaran dapat dikawal sejam selepas itu," katanya.

Sementara itu, salah seorang mangsa warga Nepal, Sudath Prem, 22, ketika ditemui di HSJ memberitahu, ketika kejadian, dia berada kira-kira 30 meter daripada mesin penyedut habuk yang tiba-tiba meletup.

"Letupan terjadi sangat kuat dan menyebabkan gegaran. Selang beberapa saat selepas itu, kepulan api marak memenuhi kawasan kilang," katanya.

Menurutnya, dia yang melecur kedua-dua belah tangannya bernasib baik dapat keluar daripada sisa runtuhan kilang tersebut.

Dipetik dari laman Utusan Online