Monday, November 2, 2009

Memupuk Budaya OSH di Sekolah


Laman web Bernama melaporkan pada 1 November 2009 bahawa Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye telah menegaskan tentang kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health) menjadi subjek yang dipelajari di sekolah-sekolah atau sekurang-kurangnya para guru dan pelajar mendengar ceramah-ceramah berkaitan untuk memupuk kesedaran tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health. Selain itu,

1. Setiap pelajar perlu sedar tentang kepentingan keselamatan dan mematuhi peraturan keselamatan.

2. Budaya safety perlu ditanam di kalangan pelajar untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

3. Pengetahuan mengenai OSH boleh memastikan pelajar-pelajar dan para guru sihat dan selamat.

4. Buku panduan mengenai OSH di sekolah telah diterbitkan semenjak tahun 2007.

5. Masanya telah tiba untuk kita dan Kementerian Pelajaran membangunkan program keselamatan dan kesihatan yang komprehensif di sekolah-sekolah.

6. Mengadakan subjek OSH di sekolah memerlukan perancangan teliti. Namun, buat permulaan ia boleh diajar melalui ceramah atau seminar.

7. Sebanyak 13 buah sekolah telah dipilih untuk menyertai program OSH yang ditaja oleh badan korporat.

Thursday, October 15, 2009

Peranan SHO Menjadi Semakin Penting - Malaysia Catat 40 Gempa Bumi Dalam Tempoh Dua Tahun (Bernama)


Malaysia Catat 40 Gempa Bumi Dalam Tempoh Dua Tahun
Dipetik dari laman Bernama

PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.

"Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh.

"Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.

PENDUDUK BIMBANG

Penduduk di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang yang sering merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi bermagnitud besar di negara jiran baru-baru ini meminta kerajaan melakukan kajian terperinci terhadap struktur tanah di kawasan itu.

Desakan mereka dikuatkan dengan dakwaan gegaran yang mereka rasai baru-baru ini ekoran gempa bumi kuat di Sumatera Barat pada 30 Sept bukan sekadar gegaran biasa kerana mereka ada mendengar bunyi letupan dan dapat merasai pergerakan tanah ketika gegaran itu berlaku.

Menurut mereka, walaupun tiada runtuhan bangunan, kebelakangan ini bila berlaku gegaran ada saja harta benda yang rosak dan dinding atau lantai rumah yang retak.

Penduduk bercerita, kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi mencatatkan gegaran pertama pada November 2007 ekoran beberapa siri gempa bumi yang berlaku di sekitar Indonesia dan Filipina.

Dalam hal ini Dr Rosaidi memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Giosains dan beberapa jabatan berkaitan untuk membuat kajian segera ke atas muka dan struktur tanah dan batuan di situ.

"Kami juga akan menemu bual penduduk setempat mengenai apa yang dikatakan oleh mereka sebagai pergerakan bumi yang dirasai semasa gempa berlaku.

"Turut menarik minat kami ialah melihat kekuatan gegaran yang didakwa menyebabkan keretakan pada dinding dan lantai," katanya.



PENJELASAN JABATAN METEOROLOGI

Dr Rosaidi menjelaskan bahawa setakat ini gempa bumi yang berlaku ialah di antara 1 batu dan 10 batu di bawah permukaan bumi.

"Hanya dua kali gempa bumi berlaku dengan kekuatan antara 2.8 dan 3.5 pada skala Richter dan kedua-duanya pada kedalaman 10 batu di bawah muka bumi," katanya.

Malaysia kini mempunyai 13 stesen mengesan gempa di seluruh negara dengan tujuh daripadanya di Semenanjung, antaranya di Kulim, Kedah dan yang terbaru di Jerantut, Pahang manakala enam stesen di Sabah dan Sarawak.

"Pegawai-pegawai kami bertugas 24 jam sehari. Mereka akan memaklumkan kepada pihak berwajib dan setiap apa yang mereka rekodkan adalah mengikut masa sebenar gempa berlaku," katanya.

Terdapat empat garis sesar (garisan gempa bumi) di negara ini iaitu di Jerantut, Bentong, Kuala Lumpur dan yang terbaru di Manjong Perak.

Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Dr Yap Kok Seng berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.

"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku ekoran daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Gempa bumi bermagnitud besar itu ialah pada 26 Dis 2004 di Aceh, Indonesia; di Nias, Indonesia (28 Mac 2005) dan yang terbaru pada 30 Sept 2009 di Padang, Indonesia serta Bengkulu pada 1 Okt 2009.

APA YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin seismograf dan direkodkan ukurannya dalam skala Richter di antara 1.0 dan 10.0.

Gempa bumi pada ukuran 1.0 skala Richter memang terlalu kecil yang boleh berlaku setiap hari dan biasanya tidak dirasai manusia.

Ukuran dari 7.0 hingga 10.0 pada skala Richter ialah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun, menurut Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia.

PMR yang boleh diakses secara online itu turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana kita harus bersedia untuk gempa bumi dan apa yang harus kita lakukan semasa berlaku gempa bumi.

Secara terperinci ia menyenaraikan tindakan yang boleh diambil sekiranya anda berada di dalam bangunan ketika gempa bumi berlaku, sekiranya anda di dalam bangunan tinggi, di laluan dekat bangunan, di dalam kereta yang bergerak dan apa yang harus dilakukan selepas gempa bumi.

Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini namun tidak salah membaca panduan itu untuk pedoman dan menambah pengetahuan.

Wednesday, October 14, 2009

ATOMIC ENERGY LICENSING ACT 1984



Objectives of this act

1. to provide for the regulation and control of atomic energy
2. to establish standards on liability for nuclear damage

Among the functions of the Atomic Energy Licensing Board

1. to advise the Minister and the Government of Malaysia on matters relating to the act
2. to exercise control and supervision over the production, application and use of atomic energy
3. to establish, maintain and develop scientific and technical cooperation with such other bodies, institutions or organizations in relation to nuclear matters or atomic energy

Part III and IV of the act deals with licensing of nuclear activities and radioactive materials

Part V of the act deals with health and safety matters of employees. Protection of workers cover areas such as

1. conditions of exposure
2. dose limitation
3. occupational exposure
4. medical exposure
5. exposure of members of the public and persons other than workers, excluding medical exposure
6. accidental exposure
7. emergency exposure and
8. exposure other than the above

If the appropriate authority has reasonable cause to believe that any worker has been or is likely to be exposed to ionizing radiation, the appropriate authority may require the licensee:

1. to provide and require such worker to wear approved personnel-monitoring devices
2. to keep records of dose and type of ionizing radiation to which such worker has been or is likely to be exposed
3. to install or use monitoring devices in work places to record the amount of ionizing radiation present and to keep records thereof and
4. to provide medical examination for such worker by an approved registered medical practitioner at such intervals as the appropriate authority may determine.

The appropriate authority may ask the licensee to provide medical examination by an approved registered medical practitioner for relevant workers

Any registered medical practitioner performing a medical examination shall inform the appropriate authority those affected or is reasonably suspected to be affected by ionizing radiation

Worker includes any person whether or not employed by the licensee involves in the handling or use of, or who will come into contact with, any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus.

The Minister may prescribe the basic safety standards for the protection of workers and all other persons against ionizing radiation

Part VI of the act deals with the disposal and transport of radioactive waste

General penalty for contravening any provisions in the act is imprisonment for a term not exceeding ten years or a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or both.

Monday, October 12, 2009

Makna ISO dan OHSAS


1. Makna ISO ialah International Organization for Standardization.

2. ISO berasal dari perkataan Greek, isos yang bermaksud equal.

3. Akronim untuk International Organization for Standardization dalam bahasa Inggeris ialah IOS. Manakala akronimnya dalam bahasa Perancis ialah OIN (Organisation internationale de normalisation).

4. ISO dipilih untuk memberikan nama yang pendek dan pelbagai guna untuk International Organization for Standardization.

5. OHSAS pula bermaksud Occupational Health and Safety Assessment Series.

Wednesday, October 7, 2009

Bernardino Ramazzini, The Father Of Occupational Medicine


Bernardino Ramazzini often called "the father of occupational medicine". His book on occupational diseases, De Morbis Artificum Diatriba (Diseases of Workers) outlined the health hazards of chemicals, dust, metals, repetitive or violent motions, odd postures, and other disease-causative agents encountered by workers in 52 occupations. The second edition of De Morbis Artificum Diatriba (Diseases of Workers) was published in 1713 in Padua. He proposed that physicians should extend the list of questions that Hippocrates recommended they ask their patients by adding, "What is your occupation?"

Source : Wikipedia

Sunday, September 27, 2009

Pengurusan Pembelian Dan Kontraktor Yang Mematuhi Sistem Pengurusan OSH

Kepentingan mengurus pembelian yang mematuhi sistem pengurusan OSH

1. Pengurusan perlu memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pengurusan pembelian. Ini kerana bahan-bahan atau kelengkapan yang dibeli boleh mendatangkan bahaya dan menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan. Pembelian bahan atau kelengkapan dikawal oleh undang-undang berikut
a. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
b. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 @ CIMAH 1996
c. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 @ USECHH 2000

2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mentakrifkan kontraktor sebagai pekerja majikan itu sendiri. Sebarang kecederaan kepada pekerja kontraktor samalah dengan kecederaan kepada pekerja majikan itu sendiri. Perkhidmatan kontraktor penting. Pengurusan pembelian mengawal mutu bahan dan kelengkapan yang digunakan oleh kontraktor, mengawal prestasi kontraktor dan mengawal bilangan pekerja kontraktor yang lebih ramai daripada pekerja majikan. Pra-kelayakan kontraktor perlu kerana daripadanya kita boleh mengetahui sejarah prestasi kontraktor.

3. Pengurusan pembelian juga bertujuan untuk menyeragamkan standard bagi menilai prestasi kontraktor apabila kuasa untuk mengambil kontraktor diberi kepada jabatan yang terlibat. Selain itu, menurut Seksyen 18 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, tanggungjawab terhadap kerja di tapak tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

7 Langkah Mengurus Pembelian Dan Kontraktor Dalam Syarikat

1. Polisi

Sebelum membuat pembelian, syarikat perlu mengenalpasti ciri-ciri dan prestasi bahan/produk atau perkhidmatan yang dikehendaki serta apakah langkah-langkah yang perlu sebelum bahan/produk atau perkhidmatan itu digunakan.

Syarikat perlu mempunyai prosedur pembeliaan termasuk pra-kelayakan kontraktor yang mengambilkira keperluan OSH dan undang-undang.

Syarikat memberitahu kontraktor dan pembekal tentang keperluan OSH syarikat sebelum menerima mereka untuk membida tender.

2. Perancangan

Syarikat perlu mengetahui bahaya dan risiko yang ada dan memberitahu kepada kontraktor. Maklumat ini dimasukkan ke dalam dokumen tender. Ini supaya kontraktor dapat menyediakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sesuai apabila mereka berjaya mendapatkan kontrak itu. Kontarktor tidak dibenarkan untuk memulakan kerja sebelum ia dapat memenuhi keperluan OSH.

Proses mengenalpasti bahaya dan risiko berterusan di sepanjang tempoh kontrak. Syarikat dan kontraktor mengambil tindakan-tindakan yang sesuai ke atas bahaya dan risiko yang ada.

Syarikat juga perlu memasukkan fasal tentang cara-cara mengendali kontraktor yang melanggar peraturan OSH dalam prosedur pembelian serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil. Terma kontrak mesti mempunyai peruntukan untuk menamatkan kontrak apabila kontraktor melanggar peraturan OSH.

Kontraktor juga perlu melaporkan prestasinya kepada Safety and Health Officer (SHO) secara berkala.

Menurut Peraturan 24 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 @ USECHH 2000, seorang majikan yang menerima bekalan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang baginya bahan kimia itu tidak dilabelkan atau Risalah Data Keselamatan Kimia tidak disediakan, hendaklah memperoleh maklumat berkaitan daripada pembekal dan tidak boleh menggunakan bahan kimia itu sehingga maklumat sedemikian diperolehi.

3. Memilih Kontraktor

a. Data kemalangan dan kesihatan pekerjaan semenjak tiga tahun yang lepas
b. Kontraktor menyediakan referi
c. Syarikat mengesahkan maklumat yang disediakan serta menyiasat latar belakang kontraktor. Data mengenai prestasi OSH kontraktor pada masa lalu juga diperiksa.

Untuk pembekal, kaedah yang sama digunakan.

4. Menjelaskan Kontrak dan Mesyuarat Pra-Mobilisasi

Kontraktor membentangkan rancangan OSH semasa mesyuarat ini. Rancangan OSH kontraktor disemak oleh Pegawai Kontrak, Pegawai Projek, SHO dan sebagainya sama ada ia mematuhi keperluan OSH atau tidak. Mereka membincangkan keperluan OSH, perlaksanaan pelan OSH dan deraf akhir pelan OSH yang akan digunakan oleh kontraktor. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan perlu terlibat berdasarkan Peraturan 11 (a) dan (b) Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Untuk pembekal, agenda utama ialah bagaimana penggunaan bahan dapat mematuhi keperluan OSH. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan perlu terlibat sama.

5. Orientasi Dan Latihan

Ia diadakan sebelum semua kakitangan kontraktor memulakan kerja. Ia mengandungi

a. Peraturan safety umum
b. Pelaporan kecemasan dan prosedur tindakan kecemasan
c. Prosedur permit kerja
d. Bahaya fizikal dan kimia di tapak (kebakaran, letupan dan perlepasan toksik)
e. lain-lain isu harian

Untuk pembekal, ia diadakan sebelum pekerja menggunakan bahan di tempat kerja.

6. Memantau OSH Dan Mengawal Aktiviti Kerja

Kontraktor perlu ada Pengurus project Di Tapak (Penyelia Tapak). Ia bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat seliaannya. Ia bertanggungjawab menyedia dan menghantar laporan insiden dan lain-lain perkara mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia selalu bekerjasama rapat dengan SHO syarikat. Penguatkuasaan perlu wujud. Pematuhan kontraktor terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu sentiasa dipantau dan prestasinya dinilai serta direkod. Cara memantau ialah melalui laporan, audit dan pemeriksaan.

7. Close Out Dan Penilaian Selepas Kontrak

Syarikat menilai prestasi kontraktor dan merekodkan prestasinya untuk dipertimbangkan dalam projek akan datang.

Kontraktor membuang sisa, bahan, alat dan kelengkapan yang tidak digunakan. Tapak dibersihkan dan dikembalikan kepada keadaan asal.